Wednesday, May 2

Cerita Lawak dapat hilangkan stress :)

assalamualaikum semua :) harini nak kongsi sikit petua . petua yang selalu orang bagi kat kita , haaa . ni nak habaq mai :) haha . kalau nak tau , salah satu cara nak hilangkan stress ialah ketawa . :D





 tak kira la ketawa tu kerana apa atau bagaimana kita ketawa , tapi ketawa adalah salah satu cara menghilangkan stress . cara ni berkesan buat orang yang terlalu sibuk dengan kerja ataupun orang yang stress ketika belajar . :D


ni nak habaq mai cerita lawak sikit . actually amik cerita ni dari blog sorang hamba Allah ni . hee :D rasanya cerita ni dah berlambak kat laman sesawang (ayat nak skema) sekarang ni :)

cerita ini bukan lah kenyataan tetapi rekaan semata-mata untuk hiburan dan tiada kaitan antara hidup dan mati :)


"Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: “47 kg!”Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: “52 kg!”
Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: “Tolong naik sorang-sorang. .. jangan ramai- ramai!”
"





haha . just for fun only . jangan terasa pulak . ni rekaan semata-mata . nama pun cerita lawak , cerita bukan semuanya yang benar (masuk cakap Indon) . haha . okay lahh . entri harini berakhir disini je :D btw . ketawa  tu dapat merawat stress atau penyakit yang kita ada tp jangan lah ketawa yang melebih-lebih , maka kata ustazah aku , "Hati akan menjadi keras dan susah menerima pelajaran jika ketawa  yang berlebihan" . wallahualam :) wassalam .


sincerely from ,
zaitiewa zairudin.