Wednesday, May 16

Out Of service .


assalamualaikum .




The End .

sick-ly from ,
zaitiewa zairudin.

Wednesday, May 2

Cerita Lawak dapat hilangkan stress :)

assalamualaikum semua :) harini nak kongsi sikit petua . petua yang selalu orang bagi kat kita , haaa . ni nak habaq mai :) haha . kalau nak tau , salah satu cara nak hilangkan stress ialah ketawa . :D





 tak kira la ketawa tu kerana apa atau bagaimana kita ketawa , tapi ketawa adalah salah satu cara menghilangkan stress . cara ni berkesan buat orang yang terlalu sibuk dengan kerja ataupun orang yang stress ketika belajar . :D


ni nak habaq mai cerita lawak sikit . actually amik cerita ni dari blog sorang hamba Allah ni . hee :D rasanya cerita ni dah berlambak kat laman sesawang (ayat nak skema) sekarang ni :)

cerita ini bukan lah kenyataan tetapi rekaan semata-mata untuk hiburan dan tiada kaitan antara hidup dan mati :)


"Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: “47 kg!”Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: “52 kg!”
Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: “Tolong naik sorang-sorang. .. jangan ramai- ramai!”
"





haha . just for fun only . jangan terasa pulak . ni rekaan semata-mata . nama pun cerita lawak , cerita bukan semuanya yang benar (masuk cakap Indon) . haha . okay lahh . entri harini berakhir disini je :D btw . ketawa  tu dapat merawat stress atau penyakit yang kita ada tp jangan lah ketawa yang melebih-lebih , maka kata ustazah aku , "Hati akan menjadi keras dan susah menerima pelajaran jika ketawa  yang berlebihan" . wallahualam :) wassalam .


sincerely from ,
zaitiewa zairudin.




Tuesday, May 1

Nasihat boleh membawa kebaikan :)

assalamualaikum :)

hai semua ! sihat sejahtera ? alhamdulillah :) harini jom kita berkongsi sikit tentang seseorang yang hebat dan terkenal ni :) nama diberi Don Daniyal Don Biyajid . kalau ramai yang mengenalinya sebagai Ustaz Don :) kalau ramai yang meminati ustaz ni mesti tau rancangan TV ape yang menampilkan Ustaz Don sebagai pengacara . yaaa ! tentu sekali la Tv Al-Hijrah : 30minit Ustaz Don . harini merupakan episod ke-100 rancangan itu berlangsung . alhamdulillah . sambutan dan galakan nampaknya ramai . kalau nak search FB Ustaz Don klik , Ustaz Don Daniyal Don Biyajid . ustaz ni berusia 28tahun dan asalnya dari Pulau Pinang :) memang best kalau dapat layan rancangan 30minit Ustaz Don tu . macam-2 ilmu dapat . insyaAllah :) . cuma yang tu je laa teman nak cerita :) seronok tgk rancangan tadi .  Ustaz Don sangat best . sepatutnya banyakkan lagi Ustaz yang macam Ustaz Don , biar muda asal dapat menyampaikan dakwah dengan baik :) hee :D thats all yawww . wallahualam . wassalam :)

paparan photo Ustaz Don :)


biar pun mendakwah , style tetap ada . haha nice :D



sincerely from ,
zaitiewa zairudin.

Muhasabah diri !

assalamualaikum semua :)

hari ni nak cerita sikit pasal semangat . :) baru-2 ni aku kehilangan semangat untuk belajar gara-2 terjadi suatu masalah ni kat aku . haih~ masa tu rasa macam kosong gila hidup . macam lagu Najwa Latif - Kosong . tapi aku still lagi bertahan , tahan rasa nangis tu dari turun . and aku try hiburkan hati aku , aku pegi la jumpa kawan aku ni . Nama nya Raje :) aku sembang-2 dengan dia semua pastu aku bgtau la apa yg aku nak buat semua , dia akan sentiasa sokong aku , aku tau tu :) thanks Raje ! 


lepas jumpa Raje , aku pegi hiburkan hati aku lagi . aku temui sorang kawan lagi . namenye Anis . hee :D kalau jumpa dia , aku serupa orang gila ada laa . okay aku akui . dia buat aku gelak je sepanjang keluar dengan dia . thanks jugak Anis :) aku tau hang suka kalau aku amik Photography kan ? hee :D aku memang nak jadi PhotoG pun tapi mak aku persoalkan . haih~ tgk la dulu mcm mana :)



lastly , aku call seseorang ni . alhamdulillah masa aku tgh ada masalah tu , dia dah keluar dari wad :) aku bersyukur sangat ada dia :) dia bg aku semangat sangat-2 . and now , dia still lagi berada disamping aku . thanks Nurul Nadiah Muhammad Azizan ! :) I really appreciate it ! :)


tulus ikhlas aku cakap , kalau aku tak jumpa korang-2 ni , mesti aku dok layan lara hati aku ni . haih apa dok merepek taktau . just nak ckp kat you alls yg terbaca entri ni .

KEGAGALAN BUKAN BERMAKNA ANDA TIDAK MENCAPAI APA-APA . IA BERMAKNA ANDA TELAH MEMPELAJARI SESUATU :)



sincerely from ,
zaitiewa zairudin.